Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Ujian pengesanan Covid-19 bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikecualikan daripada bayaran kerana dilaksanakan secara percuma, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih.

Menurutnya, jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini termasuklah senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast