Datuk Zuraida Kamaruddin is welcomed by over 100 supporters who chanted ‘Bangsa Malaysia’ as she arrives at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 02 JUNE 2022.
Datuk Zuraida Kamaruddin is welcomed by over 100 supporters who chanted ‘Bangsa Malaysia’ as she arrives at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 02 JUNE 2022. IMBAS. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin disambut lebih 100 penyokong dengan laungan 'Bangsa Malaysia' ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau belum bersemuka dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Zuraida masih bercuti dan belum ada tarikh untuk mengadakan pertemuan.

“Saya belum jumpa Zuraida. Beliau masih bercuti.

“Tarikh perjumpaan antara saya dengan Zuraida akan diberitahu kemudian,” katanya katanya ketika menghadiri sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu, hari ini.

Zuraida yang mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali ke tanah air kelmarin. Kedudukan beliau sebagai menteri Kabinet menjadi tanda-tanya apabila Bersatu mendakwa pelantikan beliau adalah atas kuota parti itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri ketika ditanya tentang jawatan Zuraida berkata, Ahli Parlimen Ampang itu masih menganggotai Jemaah Menteri.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette