Thursday, March 28, 2024
Home Seni Hidup Search kunjung hormat ke atas Sultan Johor

Search kunjung hormat ke atas Sultan Johor

Sultan Ibrahim (tengah) bergambar kenangan bersama kumpulan Search. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat kumpulan rock tersohor, Search termasuk penyanyinya, Amy.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman ditemani gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud.

Ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berkata, pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain dari kumpulan itu.

Amy bersama rakan-rakannya itu baru sahaja menjayakan persembahan sempena Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun lalu.

Konsert berkenaan mendapat liputan meluas selain maklum balas positif daripada peminat-peminat setia kumpulan rock legenda negara itu. – MalaysiaGazette