Logo Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)

SHAH ALAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000 di Pelabuhan Klang Utara, dekat sini, Ahad lepas.

MAQIS Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena berisi muatan 25,000 kilogram daging babi itu ditahan hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh dua pegawai jabatan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan daging babi sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan, boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast