Dr. Noor Azlan Ghazali

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan kesilapan besar dalam sistem pendidikan apabila menggunakan keputusan peperiksaan untuk meletakkan ranking prestasi kepada sekolah-sekolah.

Lantaran itu, KPM perlu berhenti melakukan perkara tersebut, tegas Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali.

Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, amalan KPM itu mengelirukan dan menghantar isyarat yang salah kepada seluruh negara,

“Serius mengelirukan dan menghantar isyarat yang salah kepada seluruh negara. Persekolahan bukan soal peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan melalui akaun Facebook.

Noor Azlan mengulas tindakan KPM yang meletakkan ranking prestasi sekolah-sekolah berdasarkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 baru-baru ini.

Sebaliknya, menurut beliau, KPM mesti kekal fokus untuk mendidik kerana semua sekolah berupaya melakukannya dengana baik.

Menurut beliau, semua murid adalah permata dan KPM perlu gilap setiap murid dengan didikan yang baik.

”Hargai semua murid yang dididik. Sebaiknya kita mesti lebih berbincang mengenai sekolah yang perlu dipertingkatkan kualiti pendidikan yang diberi. Berubahlah KPM,” katanya. – MalaysiaGazette