KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter daripada RM4.83 kepada RM4.84 seliter manakala RON95 dan diesel masih kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Harga tersebut bagi 23 Jun 2022 hingga 29 Jun 2022.

Menurutnya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kata Kementerian Kewangan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast