chicken ceiling price subsidy
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pada kemuncak harga komoditi global yang tinggi, penghapusan subsidi akan menyebabkan inflasi makanan meningkat lebih tinggi.

Sepanjang 2011-2019, purata inflasi makanan naik 2.9% setahun.

Setakat empat bulan tahun ini, harga makanan meningkat sebanyak 3.9% tahun ke tahun, menurut MIDF Research.

“Merujuk kepada laporan tematik kami Mengukur Kesan PemansuhanSubsidi Bahan Api, kami meramalkan tekanan inflasi keseluruhan mungkin mencapai melebihi 3.0% tahun ke tahun jika inflasi makanan meningkat lebih tinggi daripada paras semasa.

“Sekiranya bekalan makanan domestik semakin teruk, inflasi utama mungkin menyentuh puncak baharu 5.8% tahun ke tahun y jika inflasi makanan melonjak sebanyak 7.0% tahun ini dan 10.0% pada 2023,” katanya.

Menurut firma penyelidikan ini, senario itu mengandaikan harga minyak mentah Brent menjadi purata pada AS$112 setong dan AS$120 setong untuk 2022 dan 2023.

Paling penting, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel diandaikan kekal pada paras semasa sehingga akhir 2023.

“Kami juga meneroka senario lain terutamanya jika subsidi bahan api dihapuskan secara beransur-ansur dan serta-merta. Walaupun dengan fasa beransur-ansur, inflasi utama akan meningkat melepasi 5.0% pada 2023 kerana pengguna dan pengeluar perlu menyesuaikan dan menormalkan daripada RON95 bersubsidi RM2.05 seliter kepada RM4.67 seliter menjelang akhir 2023,” ujarnya.

Pada ketika ini, kebanyakan ekonomi menghadapi trilema dasar terutamanya dalam mengimbangi antara pertumbuhan ekonomi, risiko inflasi dan beban fiskal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast