Rashid Mogradia (kiri) bergambar bersama-sama pemain kriket England Adil Rashid sebelum berlepas untuk mengerjakan ibadah haji. Foto Majlis Haji UK.

MANCHESTER – Beberapa bakal jemaah haji Britain yang menempah pakej haji ke Mekah tidak dapat menaiki penerbangan kerana berlaku masalah dengan sistem pendaftaran baharu Arab Saudi.

Masalah itu berlaku apabila e-tiket yang meliputi penerbangan dan pakej haji tidak dapat dikeluarkan, kata Majlis Haji Britain.

Berikutan masalah ini, kira-kira 12 orang bakal jemaah terpaksa pulang ke rumah untuk menunggu penerbangan yang diaturkan semula.

BBC telah menghubungi Kedutaan Arab Saudi untuk mendapatkan maklum balas.

Baru-baru ini Arab Saudi melancarkan portal dalam talian yang mana umat Islam dari Eropah, Amerika Utara dan Australia mesti mendaftar jika mereka memohon untuk menjalani ibadah haji tahun ini, yang akan bermula pada bulan depan.

Pemohon terpilih menerima pengesahan tempahan untuk pakej tersebut pada beberapa minggu lalu, walaupun sistem – dikenali sebagai Motawif – telah menimbulkan beberapa aduan.

Pengerusi Majlis Haji British, Rashid Mogradia berkata, pemain kriket England, Adil Rashid adalah antara mereka yang dijadualkan mengerjakan haji tahun ini.

Menurutnya, kos mengerjakan haji di United Kingdom menelan belanja antara £6,000 (RM32,413) hingga lebih daripada £10,000 (RM54,023) setiap orang dan dikritik kerana terlalu mahal.

Rashid Mogradia, pengerusi Majlis Haji British (CBHUK), berkata, kakitangan Saudia di Manchester telah “sangat membantu” tetapi sedih apabila melihat beberapa orang lain tidak dapat menaiki pesawat.

Beliau berkata, kira-kira 250 jemaah lain termasuk Adil Rashid mendapat penerbangan mereka.

Seorang bakal jemaah haji, Ali Haider berkata, dia dan isterinya telah kembali ke rumah Sheffield selepas tidak dapat terbang dari Manchester pada hari Sabtu, walaupun membayar £18,500 (RM99,925) untuk pakej mereka.

Katanya, mereka sudah pengesahan visa minggu lalu.

“Kami menganggap segala-galanya telah selesai tetapi kami tidak pernah menghantar e-tiket itu.”

Haider bercakap dengan wakil Motawif melalui telefon dari lapangan terbang berkata, memang mengejutkan betapa tidak cekapnya mereka”.

Organisasi itu akhirnya meminta maaf kepada Haider di Twitter dan memaklumkan akan “menyusun semula beberapa penerbangan kerana permintaan tinggi untuk tempat duduk pesawat pada beberapa tarikh”.

“Saya tidak terfikirkan bahawa syarikat UK akan melakukan seperti ini. Saya fikir keseluruhan proses telah berjalan dengan teruk,” luahnya.

Pada hari Isnin, Motawif dalam ciapannya mengakui wujud masalah dalam beberapa kes yang berkaitan dengan pengesahan tempahan dan akan cuba menghubungi mereka yang terjejas dalam tempoh 72 jam.

Jemaah haji British dan Barat lain sebelum ini boleh menempah melalui ejen berlesen Arab Saudi di negara asal mereka.- BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast