Logo Bomba

SIBU – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah tasik tempat mengorek pasir di Jalan Kin San, Sarikei, kira-kira 58 kilometer dari sini, ditemukan lemas 12.30 tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat Terry Leon Zi Jun, 13, ditemukan oleh anggota keluarganya setelah operasi mencari yang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei ditangguhkan jam 10.30 malam ekoran cuaca gelap.

“Berikutan penemuan itu yang turut disahkan oleh pihak polis, operasi mencari itu ditamatkan jam 1 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya terdahulu panggilan berhubung kehilangan remaja berkenaan diterima kira-kira jam 8.35 malam dan BBP Sarikei mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggotanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast