Rosmah Mansor pink diamond necklace
Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi memfailkan permohonan untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dan membatalkan perbicaraan kes rasuahnya projek tenaga solar bernilai RM1.25 bilion ketika ini.

Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa pelantikan Sri Ram sebagai Ketua Pendakwaan ad-hoc itu tidak sah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Sri Ram, dakwanya, hanya dilantik mengetuai kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan tiada kena mengena dengan kes rasuah dihadapi olehnya.

1MDB Prosecutor Datuk Seri Gopal Sri Ram Rosmah Mansor solar hybrid project corruption trial Najib Razak
Datuk Seri Gopal Sri Ram

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Jun bagi keputusan bagi permohonan itu.

Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.

Suapan itu sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Mohamed Zaini telah menetapkan 7 Julai untuk menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah itu. – MalaysiaGazette