Foto. Roya News

AMMAN – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 265 lagi cedera apabila sebuah tangki yang mengandungi gas klorin jatuh daripada kren di Pelabuhan Aqaba, Jordan.

Jurucakap media Direktorat Keselamatan Awam berkata, sebuah tangki yang berisi gas beracun jatuh semasa pemunggahannya yang menyebabkan berlaku kebocoran di lokasi.

Jurucakap tersebut menambah, kawasan tersebut telah ditutup dan pasukan Pertahanan Awam telah memindahkan mereka yang cedera ke hospital untuk menerima rawatan.

Berikutan itu Perdana Menteri, Bisher Al-Khasawneh mempengerusikan mesyuarat yang bertujuan mengenalpasti punca kejadian. – Agensi

(https://en.royanews.tv/news/36300/2022-06-27)