Kerajaan memberi kata dua kepada pengilang yang enggan membeli buah kelapa sawit daripada peladang dengan alasan harga tinggi.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Wee Jeck Seng menegaskan pihaknya sudah mengambil maklum perkara berkenaan dan tindakan akan diambil.