Wisma Putra

Selama 20 tahun, Deklarasi terhadap Kod Tatakelakuan Pihak – Pihak di Laut China Selatan (COC)  telah menjadi tunjang utama terhadap kestabilan diantara negara China dan ASEAN.

Perjanjian ini telah menjadi isi perbincangan dalam Sidang Kemuncak ASEAN bersama Amerika Syarikat dan terus menjadi instrumen semak dan imbang terhadap negara China. Walau bagaimanapun, dalam situasi semasa, China telah mengambil pendirian yang lebih agresif dan mendesak terhadap tuntutan sempadan perairan kerana mereka mempunyai sudut pandang dan pendekatan yang berbeza terhadap Laut China Selatan.

Justeru, ianya begitu penting untuk Malaysia dan negara negara ASEAN bagi mendesak cadangan perlaksanaan COC secepat yang mungkin dalam memastikan aktiviti China di rantau ini berada dalam keadaan yang terkawal.

Pada sesetengah waktu, DOC telah menunjukkan perkembangan yang positif dalam menjamin kestabilan dan keamanan di dalam rantau ini dan dengan menaik taraf perkara ini kepada deklarasi COC bukan sahaja dapat membawa impak yang sama bahkan dapat memberi kesan yang lebih mendalam kepada garis panduan dan peraturan di Laut China Selatan.

Sebelum perkara itu terjadi, negara negara Asean terpaksa berhadapan dengan pelbagai insiden di mana perairan mereka diceroboh oleh aset daripada negara China. Malaysia telah menyaksikan Hiyang Dizhi 8 China memasuki kawasan perairan negara pada awal May 2022, menganggu aktiviti cari gali minyak yang dilakukan Petronas di mana insiden ini bukanlah pertama kali berlaku.

Tahun lepas sahaja telah berlaku gangguan terhadap aktiviti cari gali minyak di Kasawari berhampiran kawasan luar pantai Sarawak. Filipina turut memberikan aduan mengenai perkara yang sama berulang kali mengenai aktiviti perikanan haram yang dilakukan oleh nelayan China di kawasan yang menjadi pertikaian.

Baru baru ini terdapat juga insiden di mana aktiviti kententeraan China dipanjangkan sehingga ke pulau berhampiran dengan kawasan yang menjadi pertikaian. Ini hanyalah sekadar beberapa contoh mengenai insiden yang telah berlaku dan pencerobohan ini dijangkakan akan bertambah jika tindakan China tidak dikawal.

Hakikatnya, tidak ada mana mana negara ASEAN atau ASEAN sebagai sebuah Kesatuan mempunyai kekuatan ketenteraan yang boleh memberikan tekanan kepada China di rantau ini. Justeru itu, ianya sangat penting dan mustahak bagi ASEAN mempercepatkan proses menandatangani COC supaya dapat melindungi kawasan persempadanan dan memberikan tekanan diplomatik berbanding tekanan ketenteraan. COC akan memberikan penyelesaian yang praktikal dan efektif dalam menangani pertikaian kawasan perairan dan akan mempunyai sokongan Antarabangsa daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sekiranya perkara ini dimeterai.

Menerusi langkah ini, tekanan boleh diberikan kepada China tanpa mewujudkan risiko peperangan terhadap rantau ini sehingga mencetuskan keadaan yang lebih teruk. Perkara ini semestinya bakal memudaratkan pihak pihak yang terlibat terutama sekali bagi Malaysia.

Kita perlu mengambil pendirian yang sama seperti negara negara ASEAN yang lain dan mempromosikan supaya COC dipercepatkan bagi melindungi keamanan dan kestabilan rantau ini dan dalam masa yang sama dapat menghormati persempadanan perairan di Laut China Selatan.

Sekadar meluahkan kegusaran tidak akan mempunyai kesan yang efektif seperti mengambil tindakan diplomatik dan memberikan tekanan dengan cara memainkan peranan Malaysia dalam pembentukan COC. Ahli – ahli parlimen perlu untuk menekankan dan menggalakkan menteri luar negeri dan menteri pertahanan untuk terlibat secara langsung dalam pembentukan COC sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh negara ASEAN yang lain.

– JOHAN MAT