MGNews: Roboh Stadium Shah Alam : Rakyat Mohon Sultan Selangor Campur Tangan

Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Shah Alam, Datuk Azhari Shaari merayu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menarik balik keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan Stadium Shah Alam.

Katanya, ia sepatutnya dipertahankan kerana sangat dekat dengan sejarah penubuhan Bandaraya Shah Alam selain menjadi ikonik negeri.