MGNews: Kontraktor Bumiputera Kelas F Mengeluh Kerana Dipaksa Naik Gred

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf), Tukiman Radion menuntut Kementerian Kewangan mengembalikan pengurusan Kelas F (G1 Bumiputera) kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan bukannya diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kerana ia membebankan mereka.