Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami kecederaan selepas diserang penyamun di kediamannya di Felda Mengkuang hari ini.

KUANTAN – Seorang wanita berusia 52 tahun maut setelah dijerut menggunakan kabel pengecas telefon oleh penyamun di kediamannya di Felda Mengkuang, Bera dekat sini hari ini.

Selain itu, suaminya yang berusia 60 tahun juga mengalami kecederaan akibat diserang penyamun yang sama, kata Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri

“Suspek dipercayai memecah masuk ke dalam rumah pada awal pagi melalui pintu belakang rumah sebelum menyelinap ke bilik tidur mangsa.

“Mangsa dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon, suspek turut telah mencederakan suami mangsa yang berusia 60 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Mohd Yusry. Suspek dipercayai telah melarikan wang tunai lebih kurang RM6,000 dan sebuah kereta jenis Honda City milik suami mangsa.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan polis mendapati motif kejadian berunsurkan samun, katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Temerloh bagi proses  bagi forensik dan kes disasat di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette