murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Mior Faridalathrash Wahid.

KUALA LUMPUR – Adik kepada pasangan suami isteri yang ditemui mati dibunuh di rumah mereka di Bercham Aman, Ipoh telah ditangkap semalam.

Lelaki warga tempatan berusia 61 tahun itu ditahan di Genting Highlands jam 7.45 malam.

Sebilah kapak yang dipercayai dalam kes tersebut turut ditemui.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semakan polis mendapati suspek memiliki satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan (mendatangkan parah).

Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati bebas daripada pengaruh dadah.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi siasatan lanjut.

“Dengan tertangkapnya suspek dan rampasan barang kes, maka kes bunuh ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 11 jam.

Dalam kejadian semalam, pasangan suami isteri, masing-masing berumur 64 dan 59 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar diri dan berlumuran darah di rumah mereka.

Pasangan ini disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast