Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku melibatkan kawasan Hulu Langat malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, situasi sama turut berlaku di Bentong, Pahang; Jelebu, Negeri Sembilan; Sibu, Mukah dan Bintulu di Sarawak manakala, Sabah di sekitar Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette