KUANTAN – Polis Pahang menasihatkan pengguna jalan raya agar terus berdisiplin dan memandu secara berhemah terutamanya pada perjalanan balik selepas sambutan cuti perayaan Aidiladha bagi mengelak insiden tidak diingin berlaku.

“Jika perjalanan balik ke kampung sudah selamat, maka perjalanan pulang harus selamat sampai ke destinasi masing-masing.

“Justeru pengguna dinasihatkan supaya lebih sabar dan berhati-hati ketika kesesakkan jalan balik nanti terutamanya mereka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 1 dari Kelantan dan Terengganu,” kata Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri

Mohd Yusri berharap, pengguna jalan raya lebih bertolak ansur dan patuh peraturan lalulintas ketika merempuh aliran trafik sepangjang perjalanan.

Polis Pahang akan melaksanaan rondaan dan pemantauan sepanjang Op Lancar dijalankan sejak dari 8 Julai sehingga 11 Julai nanti.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dan Anih,  pengendali lebuh raya membuat pemantauan akan terus memantau di semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) .

Semua pengguna dinasihatkan agar ikut peraturan, jangan potong barisan, rancang perjalanan dan pastikan kenderaan dalam keadaan terbaik.

Bagi mengelakkan kesesakkan di tol, pastikan ‘Smart tag, cukup baki dan pemanduan perlu ada rehat yang cukup, jangan meandu dalam keadaan letih,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengenal pasti lokasi-lokasi ‘hotspot’ yang dijangka berlaku kesesakan lalu lintas berikutan pergerakan orang ramai menjelang cuti perayaan tersebut.

Antara lokasi dijangka sesak seperti di Tol Bentong,Tol Karak,Lpt 1, CSR Bentong, di Raub – Bandar Raub, Simpang Kallang, Benta , Jalan Lipis – Padang Tengku, CSR Merapoh dan laluan Cameron Highlands.

Terdahulu, Anih Berhad menjangkakan lebih 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya -Kuala Lumpur – Karak semasa musim perayaan ini yang mana sebanyak 704,000 akan menggunakan LPT 1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast