Ribuan penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di dalam premis Sekretariat Presiden, di Colombo selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri di tengah-tengah krisis ekonomi. Foto Reuters

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang ingin melawat Sri Lanka dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting buat masa ini.

Ia susulan pergolakan akibat krisis kewangan di negara tersebut.

Kementerian Luar Negeri juga menyeru kepada rakyat Malaysia di Sri Lanka yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi di Colombo untuk segera berbuat demikian.

Ini bagi memudahkan Suruhanjaya Tinggi untuk menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya, sekiranya diperlukan.

Pada sama sama, Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Sri Lanka bagi memastikan keselamatan mereka dan memberikan bantuan konsular, sekiranya diperlukan.

Rakyat Malaysia di Sri Lanka dinasihatkan supaya memberi perhatian sepenuhnya kepada keselamatan mereka dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, kata kementerian itu.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Suruhanjaya Tinggi seperti butiran di bawah:
Alamat: 45, Rosmead Place, Colombo 07, Sri Lanka
No.Tel: +94774830103
E-mel: [email protected] – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast