Pengasas bersama kelab komedi Crackhouse di TTDI telah ditahan polis di ibu negara 14 Jula i lalu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Jumaat 22 Julai ini.

KUALA LUMPUR – Pengasas Bersama kelab komedia Crackhouse, Rizal van Geyzel yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada  jam 12.30 tengah hari semalam akan dibebaskan pada petang ini.

Peguam yang mewakili Rizal, Ramkarpal Singh berkata, anak guamnya hadir ke IPD Dang Wangi semalam untuk menyerah diri ketika diminta hadir untuk memberi keterangan sebelum ditahan jam 2.30 petang untuk tindakan lanjut.

“Dia disiasat berkaitan tiga klip video yang dikeluarkan di media sosial.

“Proses permohonan perintah reman telahpun diadakan jam lebih kurang 11.30 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Tambah beliau, pegawai penyiasat telah memohon reman selama empat hari terhadap Rizal di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah kepada mahkamah yang mana proses berkenaan berlangsung di IPD tersebut.

“Tapi kita peguam yang mewakili dia membantah permohonan reman selama empat hari itu daripada polis. Kemudian mahkamah membenarkan beliau direman selama sehari sahaja oleh polis dan dia dijangka dibebaskan selepas pukul 6 atau 7 petang ini,” ujarnya.

Peguam, Ramkarpal Singh keluar dari balai polis selepas memberi keterangan berhubung isu reman pemilik Kelab Komedi Crackhouse Rizal Van Geyzel yang dijangka bebas lewat petang ini di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, Foto MUHD NA’IM, 15 JULAI 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengasas kelab komedi Crackhouse sudah ditahan polis

Rizal van Geyzel akan direman esok

Menurut Ramkarpal, Rizal disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Setiausaha Polis, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Rizal ditahan oleh polis Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman di Lembah Klang.

Dia disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan klip video tular kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini tular video yang memaparkan kelibat Rizal mempersembahkan jenaka di atas pentas yang dianggap menghina agama dan bangsa Melayu.

Ia mencetuskan kritikan orang ramai sehingga mengundang kepada beberapa laporan polis daripada beberapa badan bukan kerajaan yang menganggap tindakan lelaki itu perlu diambil tindakan tegas pihak berkuasa. – MalaysiaGazetteazette