Dr. Khairul Idzwan (dua dari kiri), Dr Anthony (dua dari kanan) dan Dr. Asmah (kanan) bersama selebriti yang menjayakan Program Open Day Celllora, baru-baru ini.

TIGA doktor muda berpengalaman dalam rawatan regeneratif mengambil inisiatif menganjurkan program kesedaran kepada masyarakat mengenai penting dan manfaat pencegahan penyakit serta rawatan kecantikan yang selamat.

Menerusi Program Open Day Celllora yang diadakan di pusat beli belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini, Dr. Khairul Idzwan Baharin selaku pengasas Celllora by Cell Tissue bersama dua rakannya, Dr. Anthony dan Dr. Asmah Razalli serta beberapa selebriti meluangkan masa memberi kesedaran itu secara percuma.

Program sehari itu bertujuan mendedahkan secara mendalam kepada umum mengenai perubatan serta kecantikan regeneratif, di samping mengelakkan mereka daripada menggunakan produk berbahaya serta tidak selamat.

Masyarakat diberi penerangan bagaimana cara menjaga kesihatan dengan betul yang boleh mencegah mereka dari penyakit dan memperkenalkan konsep pencegahan secara holistik dalam bidang kesihatan serta kecantikan.

Dr. Asmah memberi penerangan mengenai perubatan serta kecantikan regeneratif kepada orang ramai yang hadir pada Program Open Day Celllora.

Program dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Shah Iskandar Mahfuz dan Iqbal Zulkefli yang turut berkongsi pengalaman serta pendapat dalam bidang kecantikan dan hiburan dengan manfaat stem cell yang dipelbagaikan.

Mereka memberi sokongan kepada program itu kerana tertarik dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang sihat, selamat dan bermanfaat serta tidak merosakkan kulit.

Tambahan pula, rawatan regeneratif merupakan bidang baru yang masih diterokai di Malaysia.

Manakala Celllora yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Khairul Idzwan, Dr. Asmah Razalli dan Dr. Anthony merupakan pusat kecantikan regeneratif pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Record.

Pelbagai hadiah percuma diberikan kepada orang ramai yang hadir pada program sehari itu serta demonstrasi rawatan kulit untuk manfaat umum.

Mereka menekankan bahawa penyakit harus dicegah sebelum bermula dengan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, imunisasi yang perlu dipertingkatkan serta penggunaan produk kosmetik serta kecantikan yang selamat, berkualiti dan tidak berbahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast