Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pembangunan Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang beroperasi pada 5 April tahun lepas mampu menambah akses masyarakat setempat kepada perkhidmatan perubatan yang berkualiti yang melibatkan tiga juta penduduk di Selangor.