KUALA LUMPUR – Walaupun sudah puluhan tahun tidak bertemu namun kenangan di bangku persekolahan masih dalam ingatan.
Pertemuan semula kira-kira 50 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang diadakan semalam menggamit kenangan.
Bertemakan Nostalgia Sekolah Krau, Cer Cerita… 1977 – 1979, lebih 50 daripada mereka bertemu semula di rumah inap desa DGua Homestay, Batu Caves.
Wakil penganjur, Mustafa Kamal Abdul Aziz berkata, masing-masing tidak dapat menyembunyikan perasaan sehingga ada yang menangis kerana kegembiraan.
“Keriangan bertemu semula rakan taulan seperjuangan yang kini telah dimamah usia. Bukan setakat itu, ada yang bertemu waris apabila bercerita susur galur keluarga,” katanya.
Selain berborak mengenang kisah lama, majlis juga dimeriahkan dengan acara pertukaran hadiah sesama mereka.
Selain menjamu selera mereka juga didendangkan dengan bakat-bakat terpendam rakan-rakan yang menyanyi karaoke.
Lebih menarik, lokasi pertemuan mereka diadakan di DGua yang memberi kelainan kerana teruja berada di dalam gua yang sejuk, nyaman dan pemandangan menarik.
Selain inap sewa, lokasi yang sama boleh ditempah untuk majlis perkahwinan, pertunangan, seminar dan mesyuarat.- MalaysiaGazette