SIMPOSIUM Keboleh hunian Perumahan Awam pertama yang dianjurkan oleh ‘Rights to the City’ (R2C) dengan kerjasama Yayasan Citi’ telah diadakan pada 16 Jun lalu di Kuala Lumpur.
Persidangan dengan tema “Bersama ke Arah Kehidupan Dan Pendapatan Lebih Baik dalam Sektor Perumahan Awam” mendapat sokongan perwakilan dari pihak kerajaan, penggubal dasar senior, wakil yayasan dan badan berkanun, badan pemikir, ahli akademik, pakar profesional, ahli masyarakat sivil dan paling penting wakil dari komuniti perumahan awam.
Simposium tersebut lebih tertumpu dalam mencari solusi tersasar dalam penambah baikan pengurusan perumahan awam serta cadangan menghadapi isu-isu yang dialami oleh penduduk.
Isu- isu yang dihadapi oleh komuniti perumahan awam yang sering bergelut untuk mencapai kebolehhunian dan rasa kekitaan di dalam persekitaran mereka.
Walaupun negara telah berjaya memberi tempat tinggal dan mengelak kesan urbanisasi yang melibatkan isu penempatan, masih ada ruang penambahbaikan dalam model perumahan awam agar ia sejajar dengan perubahan keperluan dan pencerahan dalam system terkini.
Simposium ini telah menegaskan kembali keperluan untuk melihat keboleh hunian perumahan awam dari perspektif sistem dan memerlukan anjakan paradigma melalui aktiviti saranan, kerjasama antara sektor, penyelidikan serta penggubalan dasar dinamik bersama komuniti perumahan awam.
Memperbaiki kehidupan dan kebolehhunian dalam perumahan awam secara mampan bukan sekadar memperbaiki persekitaran fizikal.
Kita perlu membina komuniti yang lebih bingkas bangun dengan penyertaan lebih aktif dari ekosistem perumahan awam.
Membina kepimpinan komuniti dan penyertaan formal dalam pengurusan perumahan awam adalah kunci penting untuk mencapai perumahan awam mampan.
Wakil warga PPR telah mengambil langkah lebih pragmatik di simposium dengan turut ambil serta di dalam diskusi panel.
Wakil yang terdiri daripada Noor Hayati Ismail, Setiausaha PERWACOM Prihatin dari PPR Kampung Baru HICOM dan Noorimah Mohamad, Presiden Wakil Perumahan, PA Seri Kota menyeru badan bukan kerajaan untuk menyabung sokongan mereka dari segi pendidikan kanak-kanak terpinggir akibat jurang pembelajaran ketika wabak Covid-19.
Sesi yang amat memberi impak ini memberi peluang kepada peserta simposium untuk memahami realiti cabaran dan kesusahan penduduk perumahan awam.
Dua wanita tersebut telah menzahirkan pengalaman mereka dalam menyatukan komuniti sewaktu pandemic dan telah memberitahu impian mereka untuk masa depan yang lebih baik di hari tua serta masa depan generasi akan datang.
PPR perlu terus maju kehadapan sejajar dengan arus perubahan persekitaran.
Ini memerlukan seluruh warga negara berganding bahu untuk anjakan PPR dari kemiskinan ke kesejahteraan, dan ke ruang yang penuh dengan impian dan inspirasi.
Ini boleh dijalankan melalui Public Housing Partnership (PHP), sebuah platform anjuran di dalam R2C yang mempunyai objektif untuk membina persefahaman, Kerjasama dan pertukaran ilmu untuk menangani isu keboleh hunian perumahan awam dan menggunakan sumber ini sewajarnya.
Melalui simposium ini, kita belajar bahawa pertukaran idea sewajarnya datang dari pihak atasan ke bawah untuk menyokong inisiatif pihak yang berada di lapangan.
Dengan Belanjawan 2023, kita perlu mereka strategi beserta memberi dana untuk impak dan polisi untuk memulakan intervensi bermakna apabila kita bersemuka dengan cabaran termasuk perubahan iklim, inflasi kewangan, pendidikan dan kemampu upayaan hartanah.
Kita juga belajar bagaimana sektor swasta memainkan peranan dalam landskap PPR jika kita menginginkan perubahan paradigma dari CSR ke tanggungjawab ESG yang bukan sekadar solusi enteng untuk keperluan komuniti.
Sebagai salah satu pihak utama, sektor swasta mempunyai kuasa untuk menjalankan perubahan hebat di dalam komuniti sambil mendapat untung dalam perniagaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang agenda kebolehhunian perumahan awam, layari www.thinkcity.com.my/R2C. – MalaysiaGazette
Hamdan Abdul Majeed adalah Pengarah Urusan Think City dan aktif dalam penglibatan pembuatan dasar dan pelan urban untuk Malaysia.