KUALA LUMPUR – Netizen memuji tindakan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon maaf kepada aktivis alam sekitar Noor Jehan Abu Bakar kerana lewat menghadiri satu acara minggu lalu.

Malah tindakan Tengku Hassanal menggesa pihak polis supaya tidak menyiasat Noor Jehan kerana meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial terhadap baginda turut menyentuh hati rakyat.

Rata-rata pengikut Twitter aktivis itu di akaun @KucingKuncitara menyifatkan Tengku Hassanal ibarat ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

“Putera raja menjawab dengan sopan. Baik sangat dia,” kata Evenstar.

“Raja ni ok je kadang-kadang. Kaki aircond kiri kanan ni yang kadangkala over nak mati. Nak tunjukkan dia terpaling pejuang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai Marina Ibrahim yang berkongsi ciapan Noor Jehan.

“Balasan yang sepatutnya. Putera ok je. Nobody je lebih-lebih,” kata Argypt.

Noor Jehan dalam ciapannya berterima kasih kepada Tengku Hassanal atas permohonan maaf baginda.

Menurut Noor Jehan, beliau amat menghargai kenyataan yang dibuat oleh Tengku Hassanal.

“Terima kasih. Mak appreciate it,” kata Noor Jehan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Hassanal di Instastory baginda.

Dalam kenyataan di Instastory, Tengku Hassanal memohon maaf kepada Noor Jehan kerana lewat menghadiri satu acara minggu lalu.

“Mesej peribadi saya kepada Noor Jehan Abu Bakar, saya dengan jujur hati memohon maaf kerana lewat ke acara itu.

“Saya tidak berapa sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah pencegahan untuk keselamatan semua,” kata baginda.

Baginda juga meminta polis tidak menyiasat Noor Jehan kerana meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial terhadap baginda .

“Tolong jangan buat drama,” tulis baginda ketika meminta polis supaya tidak mengambil tindakan ke atas Noor Jehan.

Noor Jehan yang merupakan Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang disiasat atas dakwaan menghina Tengku Hassanal menerusi tulisan di Twitter pada 18 Julai, yang sudah dipadam.

Dia menulis bahawa Tengku Hassanal dan beberapa pegawai tinggi lewat dua jam ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan–acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.

Sementara itu Tengku Hassanal turut dipuji kerana meminta supaya tidak ada laporan polis dibuat terhadap Fahmi Reza.

Ini selepas pelukis grafik itu berkongsi lukisan seorang lelaki bertengkolok dengan kapsyen ‘push-up 4 Tasik Chini’ yang dipercayai merujuk kepada Tengku Hassanal.

Grafik (kiri) yang dihasilakn oleh Fahmi Reza

Pemangku Raja Pahang itu berkata, baginda menyukai paparan grafik yang dikongsi Fahmi.

“Kadangkala payung kuning tu lebih chill dan open menerima kritikan tapi barua-barua kaki penjilat ni yang melebih-lebih. Lebih senduk dari lauk,” kata Qqiqi Dizza Radzi.

Steady anak Raja Pahang, salute,” komen Jefferson Law.

Fahim sendiri seolah-olah terharu dengan pujian oleh Tengku Hassanal terhadap grafik yang dihasilkan serta meminta supaya tindakan tidak diambil terhadap dirinya.

“Selepas ini aku harap PDRM jangan buang masa layan laporan-laporan polis yang dibuat terhadap karya satira akuk oleh pengampu istana dan penjilat penguasa,” kata Fahmi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast