KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM4.55 seliter bagi tempoh 28 Julai 2022 hingga 3 Ogos 2022 ini.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih lagi kekal masing-masing kepada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kata Kementerian Kewangan.

Pengekalan itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Tambahnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette