JOHOR BAHRU – Seorang wanita mendakwa anaknya yang berusia 6 tahun didera ahli terapi di sebuah pusat terapi di Skudai, di sini, sejak awal tahun ini.
Wanita 33 itu memaklumkan dia menghantar anaknya yang menghidap autisme mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.
Jelasnya, anak sulungnya itu sudah beberapa dilihat terdapat kesan cedera, namun setiap kali diminta penjelasan pusat terapi terhabut hanya memberitahu ia disebabkan aktiviti terapi.
“Masa itu, saya fikir mungkin mereka berkata benar, tetapi apabila bermula Januari tahun ini, kesan kecederaan sudah mula teruk sehingga nampak kesan penampar di pipi kiri kanan muka.
“Ketika itu kami sudah mula mengesyaki dia didera, kerana jelas nampak kesan tapak tangan dan penjelasan yang diberikan kesemuanya tidak masuk akal.
“Ahli terapi berkenan cakap muka anak kena palang ‘monkey bar’, tetapi kesan cedera tidak seperti kena besi. Masa itu saya sudah tidak sedap hati,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Wanita tersebut memberitahu, semua ahli terapi yang ditanyakan mengenai perkara itu hanya menyatakan mereka tidak tahu mengetahui perkara itu.
“Malah menurut mereka kesan cedera disebabkan anak saya tidak mahu bergerak dari palang nesi berkenaan.
“Hati ibu bagaimanapun rasa lain dan sukar untuk saya terima alasan sebegitu,” ujarnya sambil menambah anaknya juga mengalami lebam di badan. – MalaysiaGazette