MGNews: Road March Sempena Peringatan Hari Polis ke-215

Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung kali mengadakan program Road March sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 2022 di Dataran Merdeka di ibu negara, hari ini.

Ia hasil kerjasama strategik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Penerangan Malaysia dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Ismadi Sakirin.