Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pahang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.5 bilion sehingga 31 Julai lalu berikutan kestabilan politik dan pembangunan infrastruktur yang baik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,  daripada jumlah itu sebanyak RM9.5 bilion adalah pelaburan domestik manakala baki RM11 bilion merupakan pelaburan asing.

“Kestabilan Pahang dalam setiap aspek itu membuktikan bahawa pentadbiran Pahang kini telah dipacu dengan baik dan berada di landasan yang tepat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri pahang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, hutang kerajaan negeri  terhadap Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.33 bilion dan RM1.307 bilion pula telah diluluskan untuk dihapus kira.

Tambah beliau, sebanyak RM1.115 bilion lagi telah diinovasikan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menjadikan hutang kerajaan negeri Pahang kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM908 juta. – MalaysiaGazette