Ir.Izham Hashim

SHAH ALAM – Rakyat Selangor makan kira-kira 7.5 juta ayam sebulan, sedangkan pengeluaran bekalan untuk negeri itu hanya 30 peratus.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Ir. Izham Hashim berkata, kerajaan negeri tidak dapat membekalkan seratus peratus untuk keperluan rakyatnya kerana syarikat pengeluar di Selangor turut memenuhi permintaan pembekal dari luar negeri itu.

Katanya, ayam termasuk dalam tiga komponen utama Keselamatan Makanan, selain yang utama sumber karbon hidrat iaitu padi serta zat galian dan vitamin termasuk sayur-sayuran.

“Bagi sumber protein, ianya sangat rendah, selain ayam yang permintaannya agak tinggi sedikit, iaitu untuk pengeluaran di Selangor sekarang ini sekitar 15 juta bagi satu kitaran iaitu lebih kurang dua bulan.

“Maknanya, dalam sebulan sebanyak 7.5 juta ayam diperlukan oleh rakyat Selangor kira 15 juta sebulan.

“Daripada keperluan ini, kita hanya dapat akses sekitar 50 peratus sahaja dan syarikat syarikat yang mengeluarkan ayam ini tidak hanya jual di Selangor, mereka juga jual di luar Selangor,” katanya dalam sesi soal jawab di sidang DUN di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk memenuhi keperluan itu, kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi kerajaan negeri mengusahakan pelbagai usaha.

Bagaimanapun, kata Ir. Izham, masalah dihadapi ketika ini ialah bekalan makanan ayam.

“Ini pun menjadi tumpuan kerajaan negeri. Kita tanam jagung untuk bantu pengeluar agar harga makanan ayam ini dapat kita kawal dan turunkan,” katanya. – MalaysiaGazette