KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak lima sen seliter daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter mulai 4 Ogos hingga 10 Ogos ini.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette