Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka berterusan di beberapa kawasan termasuk di Selangor pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran itu memaklumkan fenomena cuaca itu berlaku daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Putrajaya, Pulau Pinang dan Perlis.

Situasi sama diramal di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast