Cubaan dua lelaki membeli diesel dengan mengisinya di dalam sebuah tong yang telah diubah suai gagal selepas mereka ditahan KPDNHEP Pulau Pinang di Bukit Mertajam semalam.

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki tempatan yang sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam sebuah tong yang diubahsuai di dalam sebuah lori diberkas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang semalam.

Pemandu dan kelindan lori itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Baru di sini, pada jam 6 petang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A. Mogan berkata, bertindak atas maklumat dan risikan pihaknya menyerbu lokasi stesen mintak tersebut sebelum melihat sebuah lori dua tan dalam keadaan mencurigakan.

Mogan.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam sebuah tong berkapasiti 2,500 liter yang diubahsuai di bahagian belakang lori.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 2,000 liter minyak diesel telah diisi ke dalam tong  itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Mogan, jumlah rampasan minyak diesel bersama motor pam elektrik serta hos paip itu dianggarkan bernilai RM17,000.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast