KUANTAN – Polis memberkas seorang pelajar Tingkatan 5 setelah dijejaki polis kerana melakukan aksi bahaya mangangkat tayar motosikal yang tular di media sosial.
Ketua Polis Derah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis menahan remaja terbabit di sebuah restoran berhampiran Flat Pak Mahat, Kuantan semalam.
Terdahulu tular satu klip video viral berdurasi lebih kurang 57 saat di media sosial Instagram memaparkan rakaman video seorang suspek menunggang buah motosikal Honda EX-5 berwarna Hitam.
“Remaja itu telah melakukan aksi mengangkat tayar hadapan dengan gaya berdiri atas motosikal serta menyilang kaki semasa melakukan aksi mengangkat tayar.
“Aksi tersebut bukan membahayakan diri sendiri bahkan ia mengundang bahaya ke atas pengguna jalan raya yang lain.
“Pengadu bersama anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuantan telah membuat pengecaman dan seterusnya telah menahan suspek,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette
Hasil pemeriksaan lanjut polis mendapati pejar berkenaan tidak memiliki lesen memandu.
Wan Mohd Zahari berkata kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Sesyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Bagi kesalahan itu, pesalah bakal berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000 jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette