KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan pertemuan dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sepatutnya berlangsung pukul 2.30 petang semalam.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pertemuan berkenaan dibatalkan di saat-saat akhir.
“Bersatu mahu Perdana Menteri hormat PN bagaimana beliau hormat Pakatan Harapan (PH). Saya bimbang Ismail Sabri akan kembali kepada cara lama UMNO,” kata Saiful ketika sidang media yang berlangsung di Kedah seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today hari ini.
Menurut Wan Saiful, PN merupakan blok yang menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tambah beliau, kepercayaan PN berdasarkan keyakinan terhadap intergriti Ismail Sabri.
Terdahulu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu sepatutnya bertemu dengan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bagi membincangkan berkaitan perjanjian PN.
Untuk rekod, sebelum ini, PN menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri yang didakwa tidak bersungguh-sungguh memenuhi terma penting perjanjian bersama perikatan tersebut.-MalaysiaGazette
Apa lagi.. Teman butang laaa pengecut