MGNews: MAHA2022: NAFAS Berjaya Tarik Usahawan, Peladang Muda Teroka Sektor Pertanian

Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA 2022) merupakan satu ekspo yang ditunggu-tunggu oleh ahli peladang di seluruh negara.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Zamri Yaakob berkata, terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh menerusi penganjuran ekpso berkenaan yang sebelum ini terhalang akibat pandemik Covid-19.

NAFAS, katanya, sebagai salah satu agensi dalam Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) diberi tanggungjawab sebagai penganjur bersama MAHA 2022 sekaligus dapat menarik penyertaan para peladang.