Rakyat berbilang bangsa di Muar dekat sini menyambut meriah keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ke daerah berkenaan hari ini.

JOHOR BAHRU – Rakyat berbilang bangsa di Muar dekat sini menyambut meriah keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ke daerah berkenaan hari ini.

Baginda yang sentiasa dekat dihati Bangsa Johor tiba pada pukul 9 pagi sebelum berangkat ke majlis santapan pagi bersama hampir 300 peniaga Jalan Maharani dan Jalan Abdullah.

Sultan Johor sebelum ini tidak dapat berangkat menemui rakyat-baginda di seluruh daerah selama hampir dua tahun berikutan pandemik Covid-19 namun baginda sentiasa membantu golongan memerlukan secara berterusan.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar  Sultan Ibrahim.

Mengiringi baginda pada lawatan itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani.

Baginda turut berkenan meluangkan masa berjalan kaki meninjau Maharani Unity Wall dan Lorong Autism di Jalan Sisi sebelum berangkat melawat penanaman padi di Sungai Balang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast