Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mengulangi drama untuk kandungan media sosialnya apabila menangis sambil memohon maaf selepas beberapa hari menerima kecaman hebat netizen akibat tarian ghairah bersama penyanyi Baby Shima.

Menerusi sebuah video yang telah dipadam, Aliff juga mengakui mempunyai masalah mental tahap dua.

Menurut bapa kepada lima anak itu, sehingga ke hari ini, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa tentang masalahnya itu.

Aliff turut memberitahu dia bakal mengundurkan diri daripada media sosial.

Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.

“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” ucapnya.

Aliff Syukri turut berkongi gambar menunjukkan pil yang kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman.

Namun pemilik akaun Twitter @NaufalAntezem mendedahkan gambar pil yang dimuat naik oleh Aliff Syukri itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi pada tahun 2020 lalu.

“Itu ke gambar pil yang Aliff Syukri upload (muat naik)? Kalau betul, aku boleh pastikan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat yang aku muat naik tahun 2020,” jelas pemilik akaun itu.

Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ di sisinya.

Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast