Para peserta INS Mihas 2021 yang terlibat dalam padanan perniagaan tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Seramai 400 pembeli antarabangsa dari lebih 50 negara sekitar rantau Timur Tengah, Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, ASEAN, Oceania dan Afrika akan menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-18 (Mihas) 2022 yang berlangsung 6 September ini.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade akan bertindak menjadi penganjur Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, INSP Mihas 2022 membuka peluang untuk syarikat-syarikat Malaysia berhubung dengan para pembeli premium dari negara-negara seperti Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, India dan Turki.

Para pembeli ini mewakili beberapa konglomerat, runcit dan pasar raya terbesar di negara-negara tersebut.

“Kami meramalkan program ini akan mencatatkan kejayaan yang setanding pada tahun ini. Oleh yang demikian, kami amat menggalakkan syarikat Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang hebat ini untuk mengembangkan eksport mereka
ke pasaran baharu dengan menemui pembeli antarabangsa dan menerokai kerjasama antara segmen,” katanya.

Tahun lepas INSP Mihas menghubungkan sebanyak 385 syarikat Malaysia dengan 333 pembeli antarabangsa, sekali gus menjana nilai urus niaga berjumlah RM749.1 juta bagi pengeksport Malaysia.

Mohd Mustafa menambah, INSP Mihas membuka peluang untuk syarikat-syarikat Malaysia berhubung dengan para pembeli premium dari negara-negara seperti Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, India dan Turki.

Para pembeli ini mewakili beberapa konglomerat, runcit dan pasar raya terbesar di negara-negara tersebut.

INSP MIHAS membabitkan mesyuarat perniagaan yang telah diatur, secara fizikal dan maya, yang menggalakkan urus niaga dagangan antara pembeli antarabangsa dan pembekal produk dan perkhidmatan Halal Malaysia.

Sehubungan itu, sarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai produk dan perkhidmatan halal digalakkan untuk mendaftar melalui pihak Urusetia Mihas INSP tanpa sebarang caj.

Mesyuarat perniagaan B2B secara maya akan dijadualkan menerusi platform mesyuarat maya berdasarkan ketersediaan pembeli dan penjual. Manakala mesyuarat B2B fizikal, akan diadakan pada 6 September di MATRADE, sehari sebelum pameran MIHAS 2022 bermula, manakala mesyuarat B2B maya kini sedang berlangsung sehingga 31 Ogos.

Penganjuran program tahun ini secara hibrid adalah sejajar dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik dan pembukaan semula sempadan negara.

Pendaftaran bagi INSP MIHAS dibuka sehingga 18 Ogos untuk acara fizikal dan 31 Ogos untuk acara maya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast