KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,045 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.
Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul Covid-19 di negara ini menjadi 4,697,547.
Manakala angka kematian pula bertambah menjadi 36,085 dengan lima kes baharu dalam tempoh sama.
Kes Covid-19 yang masih aktif pula 43,431 dengan 1,567 atau 3.6% dirawat di hospital.
Daripada jumlah itu, 72 kes di unit rawatan rapi dengan 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah yang dikuarantin di rumah pula 41,759.
Kes sembuh pula 4,226. – MalaysiaGazette