KUALA LUMPUR – Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sengaja dijadikan modal politik oleh Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.
Ini kerana, dalam laporan perolehan LCS setebal 169 muka surat oleh PAC, tak ada pun Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAS) sebut ada berlakunya money trail ataupun rasuah yang wujud sama ada antara Perdana Mentei, bekas menteri-menteri pertahanan.
Beliau yang juga bekas Pengerusi PAC mempersoalkan, celah mana dalam laporan PAC itu yang pemimpin PH kata orang UMNO songlap duit.
Sebaliknya, apa yang didedahkan dalam laporan PAC itu adalah punca kelewatan yang disebabkan isu keseragaman dan isu pengurusan antara kontraktor utama, iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) – anak syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM dan sub kontraktor di Perancis dan Jerman.
Kalau tak percaya cubalah rujuk keterangan itu di muka surat 12 laporan PAC itu, katanya.
Menurut beliau, dalam laporan PAC itu juga dicatatkan sebanyak 15 peratus daripada stok bernilai RM1.7 bilion sudah usang namun hanya dinyatakan secara pukal saja dan bukannya disenaraikan secara terperinci apakah komponen-komponen yang telah usang itu.
“Sepatutnya PAC perlu nyatakan secara terperinci mana stok yang usang dan tak usang. Tak bolehlah main pukul sama rata saja. Kecualilah memang ada niat untuk dijadikan bahan politik PRU15.
“Malah CEO LTAT, Ahmad Nazim juga sudah jelaskan, pembinaan enam kapal itu dibuat secara serentak dan stok pula dibeli secara pukal kerana lebih murah, jadi bila Menteri Pertahanan masa zaman Kerajaan PH ambil tindakan untuk bekukan projek (hampir 3 tahun) untuk buat audit forensik maka stok itu terbiar. Jadi memang adalah sesetengah komponen seperti TV LCD ke yang sudah lapuk,” katanya.
Nur Jazlan turut mendakwa ada pemimpin PH yang tak faham pasal terma-terma dalam kontrak tapi hendak bercakap macam seorang pakar.
Mereka persoalkan dan menuduh BNS kroni kepada Datuk Seri Najib Razak, sebab itulah syarikat di bawah LTAT itu tak dikenakan tindakan denda lewat atau LAD. (Liquidated & Ascertained Damages).
“Biar saya terangkan sikit; LAD hanya boleh dikenakan jika projek gagal siap melebihi tempoh kontrak disebabkan oleh kelemahan kontraktor. Tapi dalam isu LCS ini kerana ada arahan daripada kerajaan untuk bekukan projek sepatutnya kontraktor ada hak untuk dapat tambahan masa dan juga pampasan.
”Yang peliknya PAC tak ada sebut pun pasal perkara ini dalam laporan mereka. Jadi tak ada isu pun kerajaan masa itu cuba lindungi kroni macam pembangkang dakwa,” ulasnya.
Mengenai isu RM6 bilion yang dikatakan lesap tapi kapal tidak ada, Nur Jazlan berkata, cuba rujuk di muka surat 58 yang menyatakan pelan binaan memang sudah siap dan sudah lulus, bahkan pelan perincian pun dah siap.
Cuma pembekal atau sub-kontraktor di Perancis belum meluluskannya.
Oleh itu, soalnya, macam mana boleh kata pelan tidak ada, lagipun projek LCS ini tiada pertambahan kos daripada kontrak asal, lagipun dalam muka surat 13 laporan PAC menyebut Unit Perancangan Ekonomi telah minta Kementerian Pertahanan menangguhkan projek jika kos lebih RM9 bilion tapi kos tetap kekal dan kapal pun memang dalam proses pembinaan.
“Kapal ada bukan lesap cuma lambat siap sebab faktor-faktor lain,” jelas beliau lagi.
Nur Jazlan turut mempersoalkan mengapa Pengerusi PAC tidak memanggil kedua-dua sub-kontraktor yang dilantik BNS itu yang didakwa kroni Najib.
Tegas beliau, PAC tidak boleh hanya meletakkan persoalan seumpama itu saja dalam laporan kerana boleh menimbulkan persepsi lain kepada khalayak kerana laporan berkenaan memandangkan ia adalah laporan awam.
”Saya dengar cerita pun, semalam syarikat Jerman Rheinmetall Air Defence AG tak puas hati dengan tindakan PAC kerana telah menjejaskan imej syarikat mereka.
”Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PAC itu tidak adil dan mempunyai kesan negatif kepada syarikat sub kontraktor, Lembaga Pengarah dan Auditor Big Four PWC yang telah meneliti serta melakukan audit bertahun-tahun kepada syarikat BHIC yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
”Laporan Audit yang disahihkan oleh Lembaga Pengarah dan firma audit profesional bertaraf dunia itu tidak pernah menyebut berlaku salah laku atau rasuah dalam projek LCS selama ini,” katanya.
Justeru, kata Nur Jazalan, syarikat sub kontraktor antarabangsa berkenaan juga mungkin terpaksa mengambil tindakan kepada pengarah BHIC terutamanya pengarah yang menjadi saksi kepada PAC untuk membersihkan nama mereka kerana projek ini didukung oleh kontrak yang ditandatangani oleh BHIC dan mereka yang disahkan oleh Lembaga Pengarah dan PWC.
Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, sebenarnya kelewatan projek LCS ini memang berlaku pada zaman Barisan Nasioanl tapi keadaannya lebih teruk apabila PH memerintah.
PH yang mengarahkan audit forensik dibuat terhadap projek itu sampai kerja-kerja pembinaan terpaksa dihentikan.
“Kalaulah Menteri Pertahanan PH tu cerdik, dia cuma perlu arahkan siasatan sahaja tapi dalam masa sama projek boleh diteruskan. Maka tak adalah isu kelewatan kapal siap.
”Lagi satu, bila Ismail Sabri jadi Menteri Pertahanan, dia nak teruskan projek LSC yang tertangguh itu tapi Mohamad Sabu pula cakap, kerajaan cuba nak selamatkan syarikat kroni dan bukannya nak tolong siapkan kapal untuk TLDM itu.
”Pening la dengan Abang Mat Elefan ini. Patutnya timbalan Abg Mat Elefen masa tu. Chin Tong ajarlah sikit boss awak tu biar dia jadi cerdik sikit.
”Media sekarang highlight kepada kos LCS ini meningkat lebih RM9 bilion. Memang jelas tambahan kos ini adalah hasil pembekuan kewangan projek yang berakhir dengan kelewatan projek. Salah siapa yang bekukan projek? BN atau PH? Mari kita ramai ramai fikirkan,” ujar Nur Jazlan. – MalaysiaGazette
Kerja PH adalah KIV, defers, abandon projects, buat perojek telowong halimunan, itu je la! Naik kapal terbang tentera, kapal laut tentera kesana sini, makan angin? Itu saja. 2 tahun perintah, nak buat project, deliver project, yilekkkkss!
Nasib la masih ada lagi projek2 legasi Najib yang masih berbaki Menara PNB118, Pan Borneo highway, keretapi pantai timur yang masih berjalan, dapatlah juga rakyat bekerja, cari makan!