Tag: LCs
LCS 1 Ditangguh ke 2026, Tiada Kos Tambahan Kepada Kerajaan
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menjelaskan perkembangan terkini projek Littoral Combat Ship (LCS) dalam sidang media di Bangunan Parlimen.
Jangan ulang episod lama, lima kapal mesti siap ikut kos dan...
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan rapi terhadap projek pembinaan LCS bagi memastikan lima kapal yang dirancang dapat diserahkan kepada TLDM mengikut tempoh ditetapkan tanpa melibatkan peningkatan kos kepada kerajaan.
Penggantian NSM dari Norway selesai dua atau tiga tahun lagi –...
Kementerian Pertahanan menyasarkan perolehan bagi menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) dari Norway untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS), akan diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga tahun.
Batal NSM: Malaysia kesal, kecewa tindakan Norway
Walaupun isu ini dilihat sebagai pembatalan lesen eksport sebuah sistem pertahanan, hakikatnya ia merupakan satu perkara yang jauh lebih besar dan serius.
Malaysia tekad selesai isu pembatalan lesen NSM, Norway diminta jadi pengantara
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar telah menghantar notis serta surat rasmi kepada kerajaan Norway bagi memaklumkan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
LCS TLDM tetap diterima Disember ini walau lesen eksport NSM dibatalkan...
Isu berkenaan hanya melibatkan komponen peluru berpandu yang dibangunkan Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) dan tidak menjejaskan keseluruhan kemajuan projek pembinaan kapal perang tersebut.
Putra kecam kegagalan projek LCS, tuntut RCI dan tindakan undang-undang
Laporan rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) membuktikan pada 2011, Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan pertukaran rekabentuk kapal daripada SIGMA pilihan TLDM kepada GOWIND yang merupakan pilihan kontraktor, bertentangan dengan nasihat profesional TLDM.
Ujian laut LCS 1 bermula, pentauliahan KD Maharajalela dipinda ke Disember...
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga 25 Disember tahun lalu, kemajuan keseluruhan Projek LCS telah mencapai 75.75 peratus sebenar berbanding 81.57 peratus perancangan, menurut makluman pihak LUNAS kepada kementerian.
Amir Hariri bebas atau sebaliknya diketahui Jumaat ini
Mahkamah Majistret di sini menetapkan Jumaat ini bagi menentukan sama ada bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Hariri Abdul Hadi, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan penganjuran perhimpunan aman.
Lawatan PM Ke Perak: RM20 Juta Untuk Naik Taraf Sekolah Di...
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf kemudahan sekolah di kawasan kem tentera semasa lawatan beliau ke Perak. Dalam lawatan sama, beliau turut menzahirkan rasa puas hati apabila satu daripada lima kapal tempur pesisir (LCS) telah berjaya disiapkan.

















