Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf kemudahan sekolah di kawasan kem tentera semasa lawatan beliau ke Perak. Dalam lawatan sama, beliau turut menzahirkan rasa puas hati apabila satu daripada lima kapal tempur pesisir (LCS) telah berjaya disiapkan.















