Ir. Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Pas akan menetapkan agenda satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan Pas Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, bagi menjayakan agenda tersebut, parti itu akan berusaha menjayakan penyatuan ummah dengan parti-parti Melayu-Islam.

Menurut beliau, penyatuan itu perlu selepas negara melalui pengalaman di bawah pemerintahan PH selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diumpamakan sebagai mimpi ngeri.

“Agenda ini memerlukan penyatuan parti-parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14 yang lalu.

“Kemenangan Pakatan Harapan (PH) jelas menjadi mimpi ngeri buat rakyat dan negara.

“Pemerintahan PH selama 22 bulan telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepada kepentingan rakyat bahkan juga kepada kedaulatan negara dan kepentingan umat Islam serta bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Khairil Nizam berkata, penyatuan ummah dalam kalangan parti Melayu-Islam akan dilakukan berdasarkan tiga prinsip utama yang digariskan oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Haji Awang.

Tiga prinsip itu adalah adil kepada semua, satu Keluarga Malaysia dan Islam memimpin.

“Prinsip Pas dalam politik adalah jelas dan Pas akan berusaha menyatukan parti-parti politik Melayu sebelum PRU-15 melalui apa jua kaedah dan cara selagi tidak bercanggah dengan syariat dan dasar parti,” katanya.

Seiring dengan slogan ‘Islam Menyatukan Ummah’ Pas menyeru kepada semua pihak untuk mendukung agenda penyatuan ummah dan bersama membina semula negara Malaysia yang sejahtera.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ikutlah contoh negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai majority besar para pekerja warganegara asing tinggal lama sehingga cucu-cicit membayar cukai yang memperkayakan pribumi mereka, tetapi politikus Pak Pandir kemaruk undi para pekerja warganegara asing timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah British sehingga majority undi timah dan getah memiliki Singapore dan Penang termasuk majority tanah rizab Melayu kini hanya 12% jer.

Comments are closed.