Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin meluangkan masa melawat tapak pameran selepas Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Sepakat dan Selamat di SMK Putrajaya Presint 14 (1) Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2022.

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri baru-baru ini bukan mewakili Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Pertemuan mereka hanya sembang-sembang dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, menurutnya, PN akan meminta tarikh baharu bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, kata Menteri Dalam Negeri itu.

“Saya minggu lepas jumpa dengan PM tapi bukan official, kalau official ada delegasi empat orang, kita sembang-sembang dulu.

“Kalau official untuk jumpa kena bagi tarikh baru, delegasi boleh jumpa bentang permohonan kepada PM,” katanya.

Sebelum Hamzah bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin menyempurnakan Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaaan Putrajaya hari ini.

Menurut Hamzah, dalam perbincangan santai dengan Ismail Sabri tempohari, mereka bercakap mengenai masalah politik semasa dan pendapatnya mengenai apa yang berlaku.

“Masa itu (pertemuan rasmi dengan PN) baru saya akan bawa permintaan PN,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast