KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun mencari ibu bapa kandung yang terpisah dengannya selepas beberapa hari dia dilahirkan.
Tee Hui Nee kini dibela oleh keluarga angkatnya di Puchong dekat sini dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, elain daripada sijil kelahiran.
Bapa angkatnya, Tee Tiew Meng berkata, dia dan isteri menjaga Hui Nee sejak umurnya empat hari.
Menurutnya, sejak itu, Hui Nee tidak pernah bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kandungnya.
“Oleh itu saya ingin mencari ibu bapa kandung kepada anak angkat kami ini.
“Saya dan isteri tidak tahu di mana ibu bapa kandung kepada anak angkat kami ini berada dan tidak pernah berjumpa dengannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette