JOHOR BAHRU – Hujan lebat tanpa henti sejak petang tadi di menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dan Kulai dinaiki air.

Kawasan terlibat ialah Kampung Maju Jaya (Johor Bahru) dan Taman Aman dan Kampung Sepakat Jaya (Kulai).

Menurut kenyataan Pusat Kawalan Operasi Daerah Johor Bahru, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Katanya, banjir kilat yang berlaku pukul 3.12 minit petang berlarutan selama dua jam itu disebabkan saliran air longkang yang tersumbat.

Penduduk sebuah kampung yang terjejas akibat banjir kilat di Johor Bahru, Johor.

Tambahnya, bagi daerah Kulai, banjir kilat difahamkan berlaku pada jam 4.30 petang berpunca daripada hujan berterusan dengan hujan turun melebihi 100 milimeter (mm) menyebabkan paras air sungai naik. – MalaysiaGazette