enam kereta rosak dihempap pokok tumbang di ibu negara akibat hujan lebat petang tadi. Ihsan Bomba KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam buah kereta mengalami kerosakan selepas dihempap pokok berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, lapan kes pokok tumbang telah diterima oleh bila gerakan operasi yang dilaporkan berlaku di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta Mas 1 dan sebuah kondominium di Mont Kiara Pines, Lorong Duta 4 Bukit Tunku, Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay dan di Jalan Beruas Damansara Height.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima lapan kes pokok tumbang di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta Mas 1 dan sebuah kondominium di Mont Kiara Pines, Lorong Duta 4 Bukit Tunku, Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay dan di Jalan Beruas, Damansara Height.

Selain itu, katanya, sebuah papan tanda turut menghempap sebuah kereta Perodua Axia dan tiga buah motosikal di stesen bas Jalan Duta, Taman Duta.

“Kita juga menerima lapan insiden pokok tumbang akibat hujan lebat tadi di Royal Domin Sri Putra Mas 2, Jalan Kuang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kejadian pokok tumbang turut berlaku di Jalan Lembah Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur hingga menyebabkan lalu lintas terhalang untuk sementara waktu sehingga kerja-kerja mengalihkan sisa pokok tumbang selesai. – MalaysiaGazette