MGNews: Armada Mahu Masyarakat Cakna Pasal Isu Doktor Perubatan

Armada menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) segera bertindak menangani masalah pembulian dalam kalangan pegawai perubatan siswazah (PPS) yang semakin melarat.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menegaskan, hasil laporan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang dikeluarkan baru-baru ini tidak tepat.